Agama Islam agama yang syumul untuk semua bangsa. Tidak kira apa saja adat dan budaya asalkan ia pada jalan yang di tentukan Illahi,maka ainya adalah hasanah. Kerana prinsip inilah lahirnya idea bagi cadangan pembinaan masjid yang bersenibina cina oleh YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar Kelantan di Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri kali pertama 1997 pada 30 September 1997.
Sehubungan dengan itu ,sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri Besar Kelantan telah dibentuk bagi mengenal pasti rekabentuk dan tapak yang sesuai bagi tujuan pembinaan masjid tersebut. Pada awalnya beberapa tapak telah dikenalpasti di sekitar Bandar Kota Bharu dan Pasir Pekan,walau bagaimanapun setelah diteliti, didapati semua tapak tapak tersebut tidak sesuai kerana keluasannya kurang mencukupi lebihlagi sebahagiannya adalah tanah milik yang memerlukan pengambilan balik tanah dengan kos yang agak tinggi.
Akhirnya pada 14 November 2002 Jawatankuasa telah mengenalpasti tapak baru seluas 3.7 ekar di tepi lebuhraya Pasir Mas- Rantau Panjang. Cadangan tapak ini dikemukakan pada Jawatankuasa Perancang Negeri dan telah mendapat persetujuan YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar.
Setelah berbincang,jawatankuasa bersetuju supaya konsep masjid yang di cadangkan adalah bercirikan senibina cina.
Seperti masjid yang lain, Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra dereka bentuk menggabungkan kombinasi beberapa komponen.Masjid ini mempunyai senibina yang amat unik menggabungkan senibina cina dan islam dan menyerupai Masjid Niujie di Beijing,China yang berusia lebih daripada 1000 tahun. Seperti masjid yang lain, Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra direka bentuk menggabungkan kombinasi beberapa komponen. Pertama ialah bangunan utama yang merupakan komponen yang terbesar dan mempunyai dua tingkat. Tingkat atas adalah ruang sembahyang utama yang dapat menempatkan 1000 orang jemaah dalam satu -satu masa dan tingkat-tingkat bawah pula mempunyai ruang sokongan untuk kemudahan awam iaitu Dewan Serbaguna yang dapat memuatkan 200 orang,dewan makan,perpustakaan,klinik dan perpustakaan masjid.
ruang bawah tanah..
kelas agama di jalankan di ruang bawah tanah
tangga menuju ke ruang bawah tanah.
Terdapat 4 pintu masuk ke bangunan masjid untuk mengelakkan kesesakan serta memudahkan orang ramai yang datang dari arah yang berlainan. Bahagian hadapan merupakan pintu masuk utama masjid melalui anjung pertama. Di sebelah kiri dan kanan anjung utama terdapat tempat wuduk serta tandas lelaki dan tandas wanita.
Kesemua tandas dan tempat wuduk dilengkapi dengan sistem paip yang dapat menjimatkan penggunaan air.
Di antara bangunan utama dan anjung utama terdapat sebuah halaman terbuka (open court) yang mana ianya boleh juga digunakan sebagai bersembahyang apabila keadaan memerlukan. Kawasan in dianggarkan daat memuatkan kira-kira 1000 orang. Tangga naik ke bangunan utama direka bentuk dengan lebih lebar bagi membolehkan jemaah bersembahyang di atas tangga dalam suasana yang sesak.
kawasan 'open court'
tangga di bahagian hadapan
|
bazaar perniagaan |
Di sebelah kiri ruang terbuka di sediakan petak-petak bazaar di mana aktiviti-aktiviti berbentuk sosial dan ekonomi dapat di jalankan, termasuklah untuk mewujudkan sebuah bank islam. Di sebelah kanan halaman terbuka pula terdapat sebuah bangunan yang menempatkan sebuah kelas tadika dan sebuah kelas fardhu ain masing-masing boleh menempatkan 30 orang pelajar.
|
tadika
|
Sebelah kiri dan kanan bangunan utama masjid merupakan pintu masuk alternatif, melalui anjung kiri dan anjung kanan. Pintu masuk ini memberi kepada orang-orang yang datang melalui arah tempat letak kereta dan kawasan perumahan berhampiran.Anjung kiri masjid selain daripada merupakan pintu masuk kedua ke bangunan utama masjid, ia juga menempatkan sebuah bilik suis untuk bekalan elektrik bagi bangunan masjid. Di sini juga disediakan tempat wuduk dan ruang untuk menyimpan kasut. Manakala anjung kanan masjid pula merupakan pintu masuk ke bangunan utama masjid dari sebelah kanan iaitu dari arah tempat letak kereta. Di sini juga disediakan tempat wuduk dan tempat menyimpan kasut bagi kemudahan orang yang melalui pintu ini.
|
ruang menyimpan kasut |
|
tempat letak kenderaan |
Pintu masuk di bahagian belakang adalah melalui anjung belakang. Bangunan ini juga menempatkan sebuah bilik persiapan jenazah yang di serahkan kepada pihak masjid. Ia juga di sediakan kemudahan tempat wuduk dan tempat menyimpan kasut.
|
bahagian dalam masjid |
Bahagian dalam masjid adalah dihiasi dengan ukiran-ukiran berbentuk geometri yang halus bermotif Islam seperti yang terdapat di masjid-masjid di timur tengah.. Di dalam masjid ini di sediakan bilik telekung bagi kaum muslimat.Keunikan masjid ini juga terleak pada sebuah menara berbentuk serban di sokong dengan lilitan unik di bahagian bawah.
|
mimbar |
|
bilik telekung
AKTIVITI- AKTIVITI YANG DI JALANKAN DI MASJID JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA.
Dari segi pendidikan, kelas tahfiz telah di bentuk bagi memberi pendidikan berbentuk keagamaan kepada generasi muda. Tadika juga di sediakan untuk membantu kanak- kanak belajar dalam keadaan yang selesa tanpa perlu berkunjung ke tempat yang agak jauh dari rumah mereka. Selain itu, kelas tajwid dan kelas Al-Quran juga di sediakan di masjid ini. Bukan itu sahaja, aktiviti ceramah juga sering di jalankan pada setiap hari selepas solat zohor dan maghrib. Aktiviti- aktiviti ini bertujuan untuk menambahkan lagi ilmu dan mendidik anak-anak muda untuk berjaya di dunia dan akhirat.Bertepatan dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud
‘sesiapa yang inginkan kebahagiaan di dunia,hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang inginkan kebahagiaan di akhirat hendaklah dengan ilmu.dan seiapa yang inginkan kedua-duanya maka sudahlah pasti dengan ilmu.’
Program solat hajat juga di jalankan di masjid ini terutamanya untuk anak- anak kariah yang bakal menduduki peperiksaan yang besar seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Peperiksaan Menegah Rendah (PMR) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bersesuain dengan kehendak Islam, kita sebagai hamba-Nya digalakkan utnuk meminta pertolongan daripada Allah setelah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Ia juga mendidik agar anak kariah menjadi insan yang ikhlas dan tawadhuk dalam melakukan ibadah.
Firman Allah yang bererti :
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat (Surah al Haj : 61)
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), “Aku itu dekat”. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS. Al Baqarah [2] : 186)
Di sepanjang bulan ramadhan, pelbagai aktiviti telah di jalankan untuk memanfaatkan bulan mulia ini sebaik-baiknya. Antaranya ialah, majlis berbuka puasa, majlis tadarus dan khatam Al Quran serta solat tarawih. Program-program seperti ini bukan sahaja dapat membantu orang susah tetapi juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara penduduk kampung. Pada ramadhan yang lepas, imam dari negara China telah di jemput untuk mengimamkan solat tarawih di masjid ini. Dengan ini, hubungan baik bukan sahaja dapat di eratkan di kalangan penduduk kampung malah dengan Negara luar. Kenduri juga di jalankan kecil- kecilan di masjid ini sebagai tanda bersyukur selepas kedua mempelai selamat di ijab kabulkan di masjid ini.
Sebagai sumber pendapatan, di ruang- ruang bazaar masjid ini disediakan tempat untuk menjalankan aktivii jual beli seperti jualan jubbah, Al Quran dan sebagainya.
Etika ketika berada di masjid.
TUGAS PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH: Setiap masjid hendaklah di tadbir oleh pegawai masjid dan jawatankuasa kariah. Dalam melaksanakan tugasnya, pegawai masjid dan jawatankuasa kariah hendaklah tertakhluk kepada kawalan dan arahan Majlis Agama Islam. Nazir = mengetahui penggunaan dan pentadbiran masjid.
Tugas Imam: · Mengetahui setiap waktu solat fardu. · Menyelaras jadual giliran imam dan khatib. · Menyelaras bacaan wirid, zikir dan doa selepas solat fardu · Mengetuai solat jenazah. - Menjadi Imam pada waktu sembahyang.
- Membaca Khutbah.
- Menjalankan banci dan menyimpan satu daftar kehadiran bagi orang-orang yang meningkat umur 15 yang dikehendaki hadir sembahyang Jumaat di dalam kariah masjid.
- Mengatur dan mengawasi kerja-kerja Pegawai Masjid yang di bawahnya.
- Imam juga perlu menitik beratkan keadaan makmum untuk meringankan solat bagi setiap solat berjemaah. Seperti sabda Rasulullah S.W.T :
“Apabila seseorang kamu bersembahyang dengan orang ramai, maka hendaklah meringankan sembahyang, sebab di antara mereka itu ada yang lemah, ada yang tua dan ada yang mempunyai keperluan. Tetapi jika ia bersembahyang sendirian, bolehlah ia memanjangkannya menurut kehendaknya.”
Bilal:
- · Menyempurnakan azan (bang) dan ikamah di masjid kariahnya.
- · Berada 10 minit lebih awal di masjid sebelum masuk waktu solat.
- · Memastikan jadual giliran bilal di jalankan.
- · Bergilir ketika menjadi bilal pada hari jumaat dan solat hari raya.
- · Manjadi pembimbing untuk pengurusan jenazah.
- · Membantu siak sekiranya di perlukan.
- · Sentiasa memastikan jemaah agar cukup terutamanya ketika solat jumaat.
Siak:
- · Membersihkan masjid dan sekelilingnya.
- · Membuat segala persediaan yang perlu untuk sembahyang.
- · Menyelenggara dan menentukan supaya kolah-kolah itu bersih dan cukup bagi mengambil air sembahyang.
- · Menjaga kebersihan kain-kain sof dan sebagainya.
- · Membunyikan gendang raya ataupun memberi isyarat menandakan masuk waktu sembahyang.
- · Melapor dan membaiki peralatan masjid yang rosak.
|
PENUTUP:
Secara tuntasnya, pelbagai aktiviti yang di jalankan di masjid ini dapat memberi pelbagai kemudahan kepada penduduk. Saya berharap agar semakin ramai muslimin akan mengimarahkan masjid sesungguhnya ada 3 golongan yang sembahyang berjemaah di masjid yang dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab iaitu:
Golongan pertama ialah orang yang ketika azan berbunyi dia sudah berada di dalam masjid (menunggu azan di masjid).
Golongan kedua ialah orang yang berada dalam perjalanan ke masjid ketika azan dikumandangkan.
Golongan ketiga pula ialah orang yang bergegas keluar dari rumahnya setelah mendengar azan menuju ke masjid tempat azan dikumandangkan. sejajar dengan kalam ALLAH yang bermaksud:
Apabila kamu melihat orang yang terbiasa masuk masjid maka saksikanlah bahwa dia beriman karena sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surat At taubah ayat 18: “Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah lah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah. Maka mereka lah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi).
RUJUKAN:
Buku keagamaan.
Imam Masjd Jubli Perak Sultan Ismail Petra.
Laman web: