Tuesday, February 22, 2011




TAJUK:
Sejarah penubuhan dan kegiatan masjid jubli perak sultan ismail petra.

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abdul Aziz Harjin
Pensyarah CTU151

DISEDIAKAN OLEH:
Nurnadiah binti Zulkipli
2010215626
ASD2En

PROGRAM:
Diploma Sains

KANDUNGAN BLOG:
Isi kandungan
Penghargaan
Abstrak
pendahuluan
Konsep
Huraian
Aktiviti masjid
Carta organisasi
Penutup
Rujukan

PENGHARGAAN:
Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya,maka, dapat lah saya menyiapkan kerja kursus Ctu 151 ini dengan jayanya.Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah CTU151 saya, Ustaz Abdul Aziz Harjin kerana memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada saya.  Di samping itu,terima kasih juga di ucapkan kepada kawan- kawan saya yang banyak memberikan kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada imam masjid di kawasan kampung saya kerana banyak memberi maklumat mengenai masjid ini dan kawan saya Siti Najwa binti Che Ghani kerana menemani saya untuk mendapatkan maklumat di masjid tersebut.Akhir sekali, sekalung penghargaan kepada ibu dan ayah saya kerana banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

ABSTRAK:
             Masjid pada zaman Rasulullah digunakan untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat  menyatukan ummah . Masjid merupakan wadah bagi Rasulullah megembeling  keimanan & ketaqwaan umat ke arah pembentukan negara Islam yang  diredai Allah .Masjid yang telah saya pilih untuk melaksanakan tugasan ini  adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra.Seperti masjid- masjid lain juga,masjid ini menyediakan kemudahan seperti bilik air, tempat wuduk,ruang solat dan sebagainya. Istimewanya masjid ini ialah mempunyai perpustakaan,dewan serbaguna,kelas tahfiz dan klinik.Pelbagai kegiatan yang di jalankan di masjid ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara muslimin dan berkongsi ilmu dan pendidikan duniawi dan ukhrawi.INSYAALLAH.



PENDAHULUAN:
Alhamdulillah dan puji-pujian ke hadrat Allah dengan rahmatNya, tugasan ini dapat saya siapkan. Hasil penulisan blog ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang kewujudan masjid ini dan kepentingan dan peranan masjid di kampung saya. InsyaAllah apa yang saya kongsikan di dalam blog ini dapat memberi maklumat dan perkongsian ilmu di kalangan pengunjung blog ini.

Di antara kandungan yang saya selitkan dalam blog ini ialah sejarah penubuhan Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra,struktur masjid serta peranan yang di mainkan oleh masjid ini merangkumi aktiviti yang di jalankan oleh masjid, di anjurkan oleh masjid dan kepentingan- kepentingan aktiviti ini di jalankan. Etika berada di masjid juga saya masukkan ke dalam penulisan saya dalam blog ini dengan harapan dapat membantu pembaca blog dapat mengambil panduan ketika berada di masjid. Di samping itu,tugas-tugas pegawai di masjid juga saya masukkan untuk pembaca agar mengetahui tugas-tugas sebenar setiap pegawai. Saya berharap, dengan wujudnya blog ini, maka serba sedikit dapat membantu pembaca menambah ilmu dan mendapat maklumat untuk masjid yang saya pilih.

KONSEP MASJID
Masjid, dari segi bahasa, adalah tempat sujud. Manakala dari segi syaraknya, masjid adalah tempat  untuk solat lima waktu secara berjemaah oleh kaum muslimin. Masjid berasal daripada perkataan Arab "sa-ja-da" yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud disini ialah menyembah Allah s.w.t. Jadi masjid ialah rumah tempat menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah).

Akan tetapi, masjid mempunyai erti yang lebih luas dari itu kerana tempat yang dijadikan oleh seseorang di rumahnya untuk melaksanakan solat sunat atau solat wajib kerana dia tidak mampu untuk solat di masjid dan dia mendirikan solat Jemaah d dalamnya,maka, tempat itu juga di namakan masjid.
Di antara dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari: 323 dan selain dari  itu dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah S.W.T bersabda,
أُعْطِيْتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ قَبْلِي نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيْرَةَ شَهْرٍ وَ جُعِلَتْ لِي اْلأَرْضُ مَسْجِدًا وَ طَهُوْرًا فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلاَةُ فَلْيُصَلّ
“Aku diberi lima hal yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku: aku dimenangkan dengan perasaan takut yang menimpa musuhku dengan jarak sebulan perjalanan, bumi dijadikan bagiku sebagai masjid dan suci, siapa pun dari umatku yang menjumpai waktu solat maka solatlah….”
Tuntutan Memakmurkan Masjid
 Islam menuntut umatnya memakmurkan masjid. Tuntutan tersebut
 jelas  dalam Surah at-Taubah:  ayat 18.:
   Maksud ayat:
'  Hanyalah orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah. Ialah 
orang yang beriman kepada Allah & hari kemudian serta tetap
 mendirikan solat, zakat & tidak takut (kpd sesiapa pun) selain 
Allah  Maka merekalah orang yang diharapkan termasuk ke
dalam gol orang-orang yg mendapat petunjuk' 

No comments:

Post a Comment